Best News Network

Pangkalan Data Pengetahuan Farmaseutikal DrugBank Memperluas Liputan ke Malaysia

EDMONTON, Alberta, May 31, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) — DrugBank, pangkalan data pengetahuan farmaseutikal yang paling menyeluruh dan terkini di dunia, memperluas liputan untuk melayani pelanggan di seluruh dunia dengan lebih baik. Tujuh rantau baharu telah ditambahkan pada penawaran produknya termasuklah Austria, Colombia, Indonesia, Itali, Malaysia, Thailand dan Turki. Selain liputan DrugBank yang sedia ada, pelanggan boleh mengakses set data ubat baharu bagi produk dan indikasi ubat, khusus bagi setiap rantau baharu.

“Dengan penambahan baharu ini, pangkalan pengetahuan farmaseutikal kami menjadi lebih mudah dicapai dan menyeluruh,” jelas Mike Wilson, CEO DrugBank. “Ini membolehkan pelanggan baharu di seluruh dunia mengakses tawaran produk kami dengan lebih baik dan membantu pelanggan sedia ada berkembang dalam pasaran baharu”.

Bagi pelanggan perisian klinikal, seperti pelanggan dalam industri rekod perubatan elektronik (EMR), mereka boleh menggunakan kawasan tempatan mereka sebagai titik masukan kepada maklumat klinikal berstruktur DrugBank yang lain.

Mereka yang beroperasi di berbilang rantau boleh mengakses maklumat klinikal melalui mana-mana gabungan rantau dengan satu API tunggal. Lebih ramai pelanggan di seluruh dunia kini boleh mencari dan menyimpan ubat yang terkini dengan lebih pantas dan lebih tepat.

Selain itu, liputan yang diperluas membolehkan pelanggan yang memberikan sokongan keputusan klinikal lanjutan untuk menggunakan set data terperinci daripada DrugBank bagi analisis data dan penjanaan cerapan. Bagi pengguna sedemikian, DrugBank menyelesaikan langkah pertama yang kritikal dengan menormalkan data ubat berbilang rantau melalui pemetaan data kepada pengecam biasa, dan memastikan pemetaan ini dikemas kini secara berkala.

“Kami mendapati semakin banyak pelanggan yang bukan sahaja memerlukan alat rujukan ubat tetapi menjalankan analisis data yang kompleks untuk mendapatkan cerapan dan membuat ramalan untuk menambah baik hasil kesihatan,” kata Craig Knox, CTO DrugBank. “Set data berstruktur kami pada dasarnya membantu mereka melangkau langkah yang biasanya memakan masa yang lama, memanfaatkan data mereka yang sedia ada dan mendapatkan cerapan dengan lebih cepat.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang API Klinikal DrugBank, lawati www.drugbank.com/clinical

Perihal DrugBank

DrugBank memperhebat kecerdasan manusia untuk menambah baik kesihatan dunia. Kami menawarkan set produk yang membolehkan syarikat jagaan kesihatan menambah baik penyampaian jagaan kesihatan melalui perubatan ketepatan atau aplikasi perisian klinikal, di samping mendedahkan cerapan menggunakan sains data pada penemuan ubat. Sumber kami yang boleh diakses secara umum, DrugBank Online, telah disebut dalam lebih 13,000 penerbitan akademik dan digunakan oleh jutaan penyelidik serta pakar kesihatan di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang DrugBank, lawati www.drugbank.com


        

Stay connected with us on social media platform for instant update click here to join our  Twitter, & Facebook

We are now on Telegram. Click here to join our channel (@TechiUpdate) and stay updated with the latest Technology headlines.

For all the latest Health News Click Here 

 For the latest news and updates, follow us on Google News

Read original article here

Denial of responsibility! NewsAzi is an automatic aggregator around the global media. All the content are available free on Internet. We have just arranged it in one platform for educational purpose only. In each content, the hyperlink to the primary source is specified. All trademarks belong to their rightful owners, all materials to their authors. If you are the owner of the content and do not want us to publish your materials on our website, please contact us by email – [email protected]. The content will be deleted within 24 hours.