Best News Network

Kajian mengenai Keberkesanan Kapsul KOVIR Untuk Pesakit COVID-19 Ringan atau Sederhana

HANOI, Vietnam, Feb. 28, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) — Dua kajian ke atas pesakit COVID-19 telah dijalankan di Hospital Lapangan No. 3 oleh Institut Perubatan Tradisional Bandar Raya Ho Chi Minh. Kajian tersebut dipantau secara bebas oleh Big Leap dan data telah dianalisis oleh ahli biostatistik bebas. Kajian itu dilaksanakan mengikut prinsip saintifik dan etika antarabangsa Perisytiharan Helsinki dan Persidangan Antarabangsa mengenai Pengharmonian – Garis Panduan Amalan Klinikal yang Baik (ICH-GCP). Ia juga telah didaftarkan dengan ClinicalTrials.gov dan disemak dalam jurnal ISI/Scopus.

Kajian pertama (A66, no. pendaftaran CS/YDHDT/21/25) merupakan kajian terawak buta duaan, terkawal plasebo (“double-blind randomized, placebo-controlled study”) dengan 66 orang pesakit (34 pesakit menerima KOVIR manakala 32 orang lagi menerima Plasebo), yang dilaksanakan antara bulan Julai hingga September 2021.

Kajian kedua (B1000, no. pendaftaran CS/YDHDT/21/26) merupakan percubaan tak terawak dengan 1000 orang pesakit COVID-19 tanpa distres respirasi / kesukaran bernafas (700 pesakit dirawat dengan KOVIR manakala 300 orang lagi tanpa KOVIR [kelompok kawalan]), yang dilaksanakan antara bulan Ogos hingga Disember 2021.

Menurut Kementerian Kesihatan Vietnam, rawatan standard pada masa kajian merangkumi antipiretik, antibiotik, ubat penahan batuk, ekspektoran, antihistamina, kortikosteroid, bahan antigumpal, bahan nutraseutikal, tanpa menggunakan ubat antivirus SARS-CoV-2.

HASIL PENYELIDIKAN

Tiada kemerosotan ke tahap COVID yang teruk:
Dalam kalangan 734 orang pesakit yang menghidap COVID-19 ringan atau sederhana yang menerima KOVIR, tiada seorang pun yang merosot ke tahap sakit teruk. Secara perbandingan, kadar kemerosotan ke tahap sakit teruk (dikenal pasti dengan kewujudan distres respirasi dan memerlukan bantuan oksigen) dalam kalangan pesakit yang tidak mengambil KOVIR dalam kajian kumpulan A66 dan B1000 masing-masing ialah 6.2% dan 6.0%.

Pengurangan ketara gejala COVID:
KOVIR mengurangkan dengan ketara gejala biasa COVID, seperti kelesuan dan tanda vital (kadar denyut jantung, tekanan darah, suhu badan), dari hari ke-3 dan seterusnya.

Gejala yang dikurangkan dengan ketara oleh KOVIR termasuklah: batuk, sesak nafas, kehilangan deria rasa dan bau, hidung tersumbat, kesakitan di seluruh badan dan sendi, sakit tekak, hidung berair, sakit kepala, kelesuan, sakit dada, bersin, berpeluh dan mengantuk.

Mengurangkan dengan ketara tempoh rawatan COVID:

Masa yang diperlukan bagi gejala klinikal COVID hilang sepenuhnya dalam kumpulan KOVIR telah dikurangkan selama lapan hari, berbanding dengan masa dalam kelompok kawalan (min selama 19 hari).

Gejala klinikal merangkumi batuk, sesak nafas, kehilangan deria rasa dan bau, hidung tersumbat, kesakitan di seluruh badan dan sendi, sakit tekak, hidung berair, sakit kepala, kelesuan, sakit dada, bersin, berpeluh dan mengantuk.

Mengurangkan dengan ketara jumlah ubat yang digunakan untuk rawatan COVID:
KOVIR mengurangkan dengan ketara keperluan kortikosteroid, bahan antigumpal, antipiretik, ubat penahan batuk, ekspektoran, antihistamina dan ubat untuk menahan masalah gastrik dalam rawatan COVID, berbanding dengan kelompok kawalan.

Keselamatan:

Dos KOVIR sebanyak 3 tablet yang diambil 3 kali sehari dalam tempoh 14 hari adalah selamat untuk pesakit yang menghidap SARS-CoV-2. Tiada peristiwa mudarat dan tiada kebimbangan berhubung dengan keselamatan KOVIR dilaporkan dalam kedua-dua kajian itu.

Hasil kajian praklinikal terdahulu menunjukkan bahawa:

KOVIR tidak menunjukkan apa-apa tanda ketoksikan akut pada dos 37.5 kapsul/kg.

KOVIR tidak menyebabkan apa-apa ketoksikan subkronik terhadap tikus pada dos 1.08 kapsul/kg/hari (setara dengan dos manusia sebanyak 9 kapsul/hari), dan dos 3.24 kapsul/kg/hari (setara dengan dos manusia sebanyak 27 kapsul/hari) dalam tempoh 30 hari.

KOVIR menunjukkan aktiviti farmakologi yang meningkatkan sistem imun pada dos 1.44 kapsul/kg/hari (setara dengan dos manusia sebanyak 6 kapsul/hari) dan dos 2.16 kapsul/kg/hari (setara dengan dos manusia sebanyak 9 kapsul/hari), untuk pengambilan melalui mulut secara berterusan dalam tempoh 7 hari, dalam model kajian kurang daya tahan akut (“acute immunodeficiency”) yang disebabkan oleh Cyclophosphamide melalui indeks:

+ Indeks imun umum: mengembalikan dengan ketara berat limpa, memperbaik keadaan kerosakan limpa dan timus pada imej mikroskopik, meningkatkan pemulihan sel darah putih umum dan mengurangkan masalah kekurangan sel darah putih, berbanding dengan kumpulan model dan kelompok kawalan.

+ Keimunan berperantaraan sel (“Cellular mediated immunity”): memulihkan dengan ketara tindak balas intradermis yang disebabkan oleh antigen Ovalbumin.

+ Dos manusia sebanyak 9 kapsul/hari meningkatkan pemulihan kepekatan IL-2.

Hasil kajian ketoksikan pembiakan bagi KOVIR pada dos 1.44 kapsul/kg/hari (setara dengan dos manusia sebanyak 6 kapsul/hari) dan 2.16 kapsul/kg/hari (setara dengan dos manusia sebanyak 9 kapsul/hari) menunjukkan bahawa KOVIR tidak mengakibatkan ketoksikan pembiakan dalam kalangan tikus jantan dan betina dalam keseluruhan kitaran pembiakan. KOVIR tidak menyebabkan ketoksikan dalam kalangan tikus betina semasa tempoh bunting dan penyusuan dan tiada ketoksikan didapati dalam kalangan tikus neonatal.

Cadangan berdasarkan kajian:
KOVIR disyorkan untuk pesakit yang menghidap COVID-19 ringan atau sederhana di rumah dan pusat rawatan untuk mengurangkan kadar kemerosotan ke tahap sakit teruk, mengurangkan gejala dengan cepat, mengurangkan keperluan ubat lain dan memendekkan tempoh rawatan, lantaran itu mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan. Penggunaan KOVIR disyorkan agar dimulakan secepat mungkin selepas pesakit didiagnos menghidap COVID-19.

Hasil kajian mendorong pihak Perubatan Tradisional Vietnam agar meneruskan perjuangan membasmi pandemik COVID-19. Dengan sejarah penggunaan perubatan tradisional yang panjang dalam rawatan penyakit, Persatuan Perubatan Tradisional Vietnam dan 70,000 orang ahlinya, termasuk pakar perubatan pada peringkat pusat dan wilayah sedang menjalankan banyak kajian untuk menilai hasil daripada percubaan klinikal perubatan tradisional ke atas pesakit COVID-19.

KOVIR mengandungi 100% bahan semula jadi dan dihasilkan oleh Sunstar JSC – sebuah syarikat sains dan teknologi yang berpusat di Vietnam dengan pengalaman selama 21 tahun dalam bidang produk herba. Syarikat itu kini mempunyai lebih 150 produk ubatan herba, penokok diet dan produk kosmetik yang dijual dengan meluas di Vietnam, Amerika dan Eropah.

www.saothaiduong.com.vn

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cb419a54-217d-4d50-a442-7ddd1d3fb5ad


        

Stay connected with us on social media platform for instant update click here to join our  Twitter, & Facebook

We are now on Telegram. Click here to join our channel (@TechiUpdate) and stay updated with the latest Technology headlines.

For all the latest Health News Click Here 

 For the latest news and updates, follow us on Google News

Read original article here

Denial of responsibility! NewsAzi is an automatic aggregator around the global media. All the content are available free on Internet. We have just arranged it in one platform for educational purpose only. In each content, the hyperlink to the primary source is specified. All trademarks belong to their rightful owners, all materials to their authors. If you are the owner of the content and do not want us to publish your materials on our website, please contact us by email – [email protected]. The content will be deleted within 24 hours.